KUALA LUMPUR: Jaguh lontar peluru para negara Muhammad Ziyad Zolkefli dan jurulatihnya Mohd Faizol Harun boleh menarik nafas lega apabila terlepas daripada hukuman berikutan isu yang melanda mereka berdua di Sukan Paralimpik Tokyo 2020, Ogos lepas.
Persatuan Olahraga Para Malaysia (POPM) dalam kenyataan hari ini berkata pihaknya tidak berniat untuk mengambil sebarang tindakan kepada sesiapa dalam isu yang membawa kepada kegagalan Malaysia mempertahankan pingat emas acara lontar peluru F20 (kecacatan intelektual) di Tokyo.
Sebaliknya, POPM menyanjung tinggi sikap kebertanggungjawaban Muhammad Ziyad serta jurulatihnya untuk terus berjuang dalam kejohanan akan datang.
"Kami akan sentiasa memberikan peringatan kepada pengurusan pasukan termasuk jurulatih dan atlet supaya memberikan perhatian kepada tarikh dan tempoh masa pendaftaran sama ada sebelum sesuatu kejohanan mahupun semasa kejohanan berlangsung," menurut kenyataan itu.
Jumaat lepas, Kementerian Belia dan Sukan memaklumkan Jawatankuasa Siasatan Dalaman yang ditubuhkan bagi merungkai isu tersebut merumuskan, Muhammad Ziyad dan Mohd Faizol tidak dapat membuktikan mereka sampai pada waktu ditetapkan, di bilik panggilan semasa hari pertandingan.
Muhammad Ziyad dinafikan sebagai pemenang pingat emas acara lontar peluru lelaki F20 dengan catatan lontaran sejauh 17.94 meter (m) yang juga rekod baharu dunia, pada temasya berkenaan sekali gus tidak berjaya mempertahankan kejayaan diraih pada edisi Sukan Paralimpik Rio 2016.
Atlet berusia 31 tahun itu diklasifikasikan sebagai 'Did Not Start (DNS)' susulan protes dilakukan terhadapnya oleh pasukan Ukraine, yang mendakwa Muhammad Ziyad lewat melapor diri di bilik panggilan sebelum pertandingan berlangsung.
Kontroversi melanda hari ketujuh temasya itu menyaksikan atlet Ukraine Maksym Koval diumum sebagai pemenang emas dengan lontaran 17.34m sekali gus, memecahkan rekod dunia milik Muhammad Ziyad iaitu 17.29m yang dilakukan pada Kejohanan Olahraga Para Dunia 2017 di London.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Nov 07 2021
POPM menyanjung tinggi sikap kebertanggungjawaban Muhammad Ziyad serta jurulatihnya untuk terus berjuang dalam kejohanan akan datang. - Bernama
AWANI Ringkas: Faisal Halim akan jalani pembedahan keempat
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
[TERKINI] Dua individu ditahan cuba masuk Istana, parang dirampas
Polis menahan dua lelaki yang cuba memasuki Istana Negara dan mendakwa mahu berjumpa Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim, pada Jumaat.
Kerajaan sedia pakej internet berkelajuan tinggi untuk langganan sekolah KPM mulai 1 Julai - Fahmi
Kerajaan akan menyediakan pakej khas langganan internet jalur lebar talian tetap berkelajuan tinggi untuk dilanggan sekolah-sekolah di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mulai 1 Julai ini.
Remaja hilang ditemukan lemas di Sungai Besut
Seorang remaja lelaki yang tenggelam ketika mandi di Sungai Besut di Kampung Tanjung Lali, dekat Kampung Raja di sini kira-kira 5 petang semalam, ditemukan mati lemas pagi ini.
Sokong PM: 'Saya tidak akan jawab surat Bersatu' - Syed Abu Hussin
Syed Abu Hussin menyifatkan surat itu tidak membawa apa-apa makna kepadanya.
Serangan Balai Polis: PDRM pantau kemungkinan kewujudan kumpulan pengganas
Saifuddin berkata, pihak polis mempunyai pengalaman selama 217 tahun, dan beliau menzahirkan keyakinan terhadap kemampuan polis untuk mengurus insiden tersebut, serta terus membuat pemantauan terhadap sebarang kemungkinan kewujudan kumpulan pengganas.
Mayat lelaki ditemui di sempadan Mexico- AS, cetus ketakutan migran lain
Pejabat pendakwa raya di utara Mexico menyiasat kematian seorang migran di sebuah lokasi bersempadan dengan Amerika Syarikat (AS) pada Jumaat.
Brazil dipilih sebagai tuan rumah Piala Dunia Wanita FIFA 2027
Kejayaan bidaan Brazil bermakna edisi ke-10 kejohanan ini akan diadakan di Amerika Selatan buat kali pertama.
'Malaysia antara negara paling aman, namun jangan ambil mudah' - Zahid Hamidi
Insiden serangan di Balai Polis Ulu Tiram, Johor awal pagi semalam sehingga mengorbankan dua anggota polis tidak boleh diambil mudah walaupun negara berada dalam keadaan aman.
Banjir kilat Perak: 'Rumah hanyut, kenderaan tenggelam'
Banjir kilat yang berlaku di tiga daerah di Perak, bermula malam Khamis turut menyebabkan sebuah rumah di Kampung Jelutong, Bukit Gantang dihanyutkan arus deras.
Muhammad Ziyad 'tercabar' catatan rekod kebangsaan Jonah
Muhammad Ziyad Zolkefli mengakui tercabar dengan kejayaan bintang dalam pembikinan Jonah Chang Rigan yang berjaya memecahkan rekod kebangsaan lontar peluru pada Kejohanan Balingan Asia 2023 di Mokpo.
Ziyad raih perak di kejohanan dunia, tempah slot ke Paralimpik Paris
Jaguh lontar peluru Muhammad Ziyad Zolkefli berjaya menempah slot ke Sukan Paralimpik Paris 2024 selepas meraih perak acara lontar peluru F20 (kecacatan intelektual) di Paris, semalam.
Ziyad pertahan gangsa, bakar semangat rampas kembali emas Paralimpik
Kejayaan mempertahankan pingat gangsa dimenangi pada Sukan SEA 2023 benar-benar membakar semangat jaguh olahraga para negara, Muhammad Ziyad Zolkefli.
Pingat emas hadiah buat hari lahir anak - Muhammad Ziyad
"Saya menang pingat pada 1 Ogos, hari kelahiran anak lelaki saya, memang ini hadiah kemenangan buat anak saya Thariq Xavier."
Sukan SEA Hanoi: Muhammad Ziyad selamatkan kem olahraga
Atlet para negara Muhammad Ziyad Zolkefli menjadi penyelamat kem olahraga negara ke Sukan SEA ke-31 hari ini, apabila berjaya menghadiahkan satu-satunya pingat dari acara trek dan padang.
MPM perkenal surat aku janji kepada jurulatih
Presiden MPM Datuk Seri Megat D Shahriman Zaharudin berkata inisiatif itu juga bagi memupuk sifat profesionalisme dalam kalangan jurulatih serta atlet.
Ziyad dibuktikan lewat tiba di bilik menunggu
KBS memandang serius isu ini dan akan memastikan ia tidak lagi berulang di masa akan datang.
Paralimpik Tokyo 2020: Kontinjen negara akhiri saingan dengan pencapaian terbaik
Berakhirnya saingan Sukan Paralimpik Tokyo 2020 menyaksikan kontinjen Malaysia menamatkan saingan dengan pencapaian terbaik sepanjang penyertaan dalam saingan tersebut.
Kontroversi Ziyad, satu pengajaran yang mahal harganya - CDM
Ia satu pengajaran yag besar buat Malaysia terutama bagi jurulatih untuk lebih bersedia pada masa hadapan.
CDM Malaysia mohon maaf kepada Ukraine
CDM Malaysia ke Sukan Paralimpik Tokyo 2020 Datuk Seri Megat D Shahriman Zaharuddin mengemukakan permohonan maaf kepada Ukraine.